Skip to main content

Malaysia

Mangsa banjir di Pahang terima bantuan khas RM500

81629728248_WanRosdy.jpg
KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang meluluskan Bantuan Khas Bencana Banjir sebanyak RM500 kepada setiap ketua isi rumah yang terjejas banjir di negeri ini.

Ia sebagai meneruskan tradisi tanda prihatin terhadap nasib mangsa banjir di Pahang, sepertimana bantuan serupa semasa bencana banjir yang dialami tahun lepas.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, mereka yang bakal mendapat manfaat terbahagi kepada empat kategori iaitu mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS), mangsa yang tidak berpindah ke PPS tetapi menumpang di rumah saudara-mara, mangsa yang tinggal di rumah sewa dan mangsa yang membuat keputusan untuk tidak berpindah ke mana-mana.

Menurut Wan Rosdy, sumbangan tersebut adalah berdasarkan kemampuan dan keupayaan kewangan kerajaan negeri demi meringankan sedikit sebanyak beban yang ditanggung mangsa.





Must Watch Video