Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 April 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 April 2026.

1.  Bekas penyampai Radio RTM Mariamah Tijo meninggal dunia

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira jam 5 pagi.

2.  Goldman Sachs setuju selesaikan saman skandal 1MDB

Terma penyelesaian tidak didedahkan, manakala Goldman Sachs enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

3.  Pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan berfungsi seperti biasa, pastikan tadbir urus teratur - Tuanku Muhriz

Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertitah pentadbiran kerajaan negeri wajar diteruskan dan berfungsi seperti biasa.

4.  Agong akan tentukan calon baharu Ketua Pesuruhjaya SPRM

Baginda turut menegaskan bahawa tiada keperluan untuk mana-mana pihak mempolitikkan pelantikan tersebut.

5. Sidang DUN Negeri Sembilan ditangguh ke tarikh baharu - MB Aminuddin

Sidang DUN itu sepatutnya dijadual berlangsung selama empat hari bermula hari ini dan bersambung semula pada 27 April.

6.  Tiada maklumat permohonan pengampunan baharu Najib' - Hannah Yeoh

Hannah memaklumkan tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung laporan permohonan pengampunan terbaharu yang difailkan oleh Najib Razak.

7. Sindiket dadah guna inap desa terbongkar, rampasan RM16.8 juta terbesar di Sarawak

Taktik sindiket dadah yang menyewa premis inap desa sebagai pusat pembungkusan terbongkar hasil dua serbuan berasingan di sekitar Kuching.

8. Seleweng dana NGO: SPRM sita aset kira-kira RM4 juta milik pendakwah bebas

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyita pelbagai aset bernilai kira-kira RM4 juta yang dipercayai milik seorang pendakwah bebas.

9. Operasi pembenihan awan di Melaka, Johor hasilkan hujan di kawasan sasaran - Ahmad Zahid

Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Melaka dan Johor yang dilaksanakan bermula Isnin hingga hari ini berjaya menghasilkan taburan hujan yang signifikan di beberapa kawasan sasaran.

10. Selat Melaka kekal aman, tiada keperluan kuasa asing ambil alih kawalan - Khaled Nordin

Kerajaan menegaskan tiada sebarang keperluan atau asas bagi mana-mana kuasa asing untuk campur tangan atau mengambil alih kawalan di Selat Melaka, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
 


 

Must Watch Video