Skip to main content

Malaysia

Aidiladha semarak ukhuwah, syiar Islam di Perlis - Raja Muda Perlis

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha di Dataran Istiadat Istana Arau, pagi ini. - Foto Istana Arau
Raja Muda Perlis dan Raja Puan Muda Perlis berkenan berangkat menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha di Dataran Istiadat Istana Arau, pagi ini. - Foto Istana Arau

ARAU: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha di Dataran Istiadat Istana Arau, pagi ini.

Berangkat sama anakanda-anakanda puteri baginda berdua, Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Lebih 1,200 jemaah terdiri daripada anak kariah Kota Raja Arau, rakyat negeri Perlis serta umat Islam pelbagai lapisan masyarakat hadir memeriahkan sambutan Aidiladha dalam suasana penuh kesyukuran, perpaduan dan semangat ukhuwah Islamiah.

Solat Sunat Aidiladha itu diimamkan Imam Besar Negeri Perlis, Amnan Muthqa Azanol, manakala khutbah Aidiladha bertajuk Pengorbanan Memajukan Umat Islam disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis, Mohd Nazim Mohd Noor.

Dalam titahnya, Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah sambutan Aidiladha terus menyemarakkan syiar Islam selain memperkukuhkan penghayatan nilai keikhlasan, ketaatan dan semangat pengorbanan dalam kehidupan seharian.

Baginda bertitah, nilai murni tersebut menjadi pemangkin dalam membentuk masyarakat yang bersatu padu, harmoni dan berdaya maju, di samping terus mengutamakan kepentingan agama, bangsa dan negara.

Baginda sekeluarga turut menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447 Hijrah kepada seluruh umat Islam, khususnya rakyat negeri Perlis.

Image
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha di Dataran Istiadat Istana Arau, pagi ini. - Foto Istana Arau
Foto Istana Arau

Must Watch Video

Advertisement