Skip to main content

Dunia

Tunjuk perasaan di Lima susulan keputusan Pilihan Raya Presiden Peru

Supporters of presidential candidate Roberto Sanchez of Together for Peru party, attend his rally in Huaycan community in Lima, Peru, Saturday, May 9, 2026. (AP Photo/Martin Mejia)
Para penunjuk perasaan berarak di jalanan dengan membawa bendera dan sepanduk ketika ketegangan politik terus meningkat susulan proses pengundian berkenaan. - Gambar AP

LIMA: Beratus-ratus rakyat berkumpul di ibu negara Peru, Lima pada Sabtu bagi membantah keputusan Pilihan Raya Presiden, lapor  Anadolu Ajansi (AA).

Perhimpunan itu turut disertai calon haluan kanan, Rafael Lopez Aliaga.

Para penunjuk perasaan berarak di jalanan dengan membawa bendera dan sepanduk ketika ketegangan politik terus meningkat susulan proses pengundian berkenaan.

Setakat ini, masih belum ada kepastian mengenai calon yang bakal menentang Keiko Fujimori dalam pilihan raya pusingan kedua yang dijadualkan pada 7 Jun ini. 

Pihak berkuasa pilihan raya masih dalam proses menyemak keputusan yang dipertikaikan serta pengiraan undi.

Protes itu berlaku di tengah-tengah polarisasi yang semakin meruncing di negara itu, dengan penyokong pelbagai kumpulan politik menuntut ketelusan dalam proses pilihan raya berkenaan.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video