SAO PAULO: Tiga pekerja terkorban manakala tiga yang lain terselamat selepas sebuah bangunan kediaman empat tingkat runtuh di Salvador, ibu negeri Bahia di timur Brazil, menurut jabatan bomba pada Ahad, lapor Xinhua.
Anggota bomba menemukan mayat mangsa ketiga daripada runtuhan awal pagi Ahad di kawasan kejiranan Luis Anselmo, lokasi bangunan itu runtuh pada Sabtu.
Menurut pihak berkuasa, tiga beranak terdiri daripada pasangan suami isteri serta bayi mereka yang berusia 18 bulan turut berada di dalam bangunan itu ketika kejadian bersama tiga pekerja yang sedang menjalankan kerja pengubahsuaian.
Namun, keluarga itu berjaya menyelamatkan diri sebelum bangunan berkenaan runtuh.
Pegawai berkata tiga pekerja yang menjalankan kerja pengubahsuaian bangunan itu terkorban dalam kejadian runtuhan berkenaan.
-- BERNAMA-XINHUA