Skip to main content

Dunia

PM Singapura puji semangat komuniti Islam sempena Aidiladha walaupun bekalan terjejas

71735277784_tbLawrenceWong.jpg
Lawrence berkata, ketabahan dan semangat kemasyarakatan yang ditunjukkan umat Islam dalam melaksanakan ibadah korban mencerminkan ikatan kukuh dalam komuniti itu. - Gambar fail

SINGAPURA: SINGAPURA, 27 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong pada Rabu menzahirkan penghargaan kepada masyarakat Islam negara itu kerana memastikan golongan memerlukan terus menerima bantuan sempena Hari Raya Aidiladha walaupun berdepan cabaran bekalan ternakan bagi ibadah korban.

Beliau berkata ketabahan dan semangat kemasyarakatan yang ditunjukkan umat Islam dalam melaksanakan ibadah korban mencerminkan ikatan kukuh dalam komuniti itu.

“Ketika keluarga melaksanakan korban tahun ini, saya tersentuh dengan ketabahan dan semangat kemasyarakatan yang ditunjukkan semua pihak terbabit.

“Usaha ini mencerminkan ikatan kukuh dalam komuniti kita,” katanya dalam ucapan Aidiladha menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Menurut Perdana Menteri itu, Aidiladha kekal sebagai peristiwa penting bagi masyarakat Islam, yang diisi dengan solat, pengorbanan dan perkongsian dengan orang lain.

“Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan kepada anda sekeluarga dan memperkukuh sifat belas ihsan serta semangat gotong-royong dalam kalangan masyarakat Islam Singapura,” katanya.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement