Skip to main content

Dunia

Pesawat penumpang alami kerosakan selepas bergesel di lapangan terbang Moscow

41758768044_RossiyaAirlines.jpg
MOSCOW: Sebuah pesawat penumpang yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan Rusia, Rossiya Airlines mengalami kerosakan ketika persiapan sebelum berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo Moscow pada Rabu selepas bergesel dengan sebuah pesawat lain, lapor media tempatan.

Insiden itu berlaku ketika penerbangan FV6097 yang menuju ke St. Petersburg sedang bergerak di landasan sebelum berlepas, lapor Xinhua.

"Maklumat awal menunjukkan sayap sebuah pesawat milik syarikat penerbangan lain telah menyentuh bahagian ekor pesawat Rossiya itu, menyebabkan kerosakan," menurut syarikat itu dalam satu kenyataan.

Pasukan teknikal segera menjalankan pemeriksaan ke atas pesawat berkenaan. Penumpang diturunkan dan kemudiannya menaiki pesawat gantian.

Pejabat Pendakwa Pengangkutan Barat Laut mengesahkan tiada penumpang dan kru yang cedera, dan sebuah suruhanjaya akan ditubuhkan untuk menyiasat insiden itu.

-- BERNAMA



Must Watch Video