Skip to main content

Dunia

Lima ditemukan selamat dalam gua di Laos, dua masih hilang

Sumber: VIENTIANE TIMES
Menurut jurucakap pasukan SAR, operasi mencari baki dua mangsa berdepan kesukaran berikutan struktur gua yang sempit, keadaan lantai berlumpur serta paras air yang masih tinggi. -Gambar fail/Vientiane Times

VIENTIANE: Lima penduduk kampung ditemukan selamat di dalam sebuah gua di wilayah pedalaman Laos, manakala operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan bagi mengesan dua lagi yang dilaporkan hilang, lapor The Guardian.

Pihak berkuasa tempatan memaklumkan kesemua mangsa ditemukan awal pagi tadi selepas dipercayai terperangkap akibat kenaikan paras air susulan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.

Mangsa dilaporkan dalam keadaan lemah akibat kekurangan makanan, namun tidak mengalami kecederaan serius dan kini menerima rawatan di hospital berhampiran.

Menurut jurucakap pasukan SAR, operasi mencari baki dua mangsa berdepan kesukaran berikutan struktur gua yang sempit, keadaan tanah yang berlumpur, serta paras air yang masih tinggi.

Pihak berkuasa Laos telah menambah anggota penyelamat termasuk unit penyelam gua serta peralatan pam air bagi mempercepatkan usaha pencarian.

Operasi itu turut dipercepatkan berikutan ramalan cuaca buruk dalam tempoh terdekat.

 

Must Watch Video

Advertisement