Skip to main content

Dunia

Letupan di Johannesburg disebabkan oleh kebocoran gas

41690001419_gasexplosion.jpg
JOHANNESBURG: Satu letupan besar yang memusnahkan jalan raya yang sibuk di Johannesburg pada Rabu disahkan berpunca akibat kebocoran gas, lapor Agensi Anadolu.

"Pencucuhan tidak disengajakan dan puncanya adalah letupan gas.

"Tiada aktiviti pengganas daripada rakaman," kata perunding dan jurutera awam bandar Johannesburg, Johan La Grange kepada media.

Satu letupan besar dilaporkan berlaku di Bree Street pada Rabu selepas 5 petang waktu tempatan (1500GMT) ketika beribu-ribu orang pulang dari tempat kerja.

Seorang terbunuh manakala hampir 50 lagi cedera.

Letupan itu menyebabkan beberapa kenderaan penumpang terbalik dengan permukaan jalan musnah seperti dilanda gempa bumi.

Pengurus Johannesburg City, Floyd Brink berkata, pembinaan semula akan dilakukan di kawasan terjejas tidak lama lagi.

La Grange berkata bangunan berhampiran kejadian bagaimanapun tidak mengalami kerosakan.

-- BERNAMA

Must Watch Video