Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Iran tidak sasar negara jiran - Gharibabadi

Iran, Azerbaijan
Serangan dron ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Nakhchivan di Azerbaijan. - Gambar fail/Reuters

TEHRAN: Timbalan Menteri Luar Iran bagi Hal Ehwal Undang-Undang dan Antarabangsa menegaskan bahawa Republik Islam itu “tidak menyasarkan negara-negara jiran”, susulan laporan mengenai serangan dron ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Nakhchivan di Azerbaijan, lapor Agensi Berita Mehr (MNA).

Dalam temu bual eksklusif dengan AnewZ pada Khamis, Kazem Gharibabadi menekankan bahawa dasar Iran adalah untuk menyasarkan hanya pangkalan tentera musuhnya, termasuk Amerika Syarikat dan rejim Zionis.

“Ini kerana kami telah mengumumkan sejak awal bahawa jika terdapat mana-mana pangkalan tentera di rantau ini dan ia digunakan untuk menyerang Iran, kami akan menyasarkannya. Jadi itulah dasar yang kami tetapkan,” kata timbalan menteri luar itu.

Beliau menyatakan bahawa insiden di Nakhchivan perlu disiasat.

-- BERNAMA-MNA

 

 

Must Watch Video