Skip to main content

Dunia

Aktivis baling cecair merah ke arah Reza Pahlavi ketika kempen sokong AS-Israel

Iran's Reza Pahlavi, exiled son of Shah Reza Pahlavi, waves to supporters after he was attacked with a red fluid following a news conference in Berlin, Germany, Thursday, April 23, 2026. (AP Photo/Markus Schreiber)
Kejadian tersebut berlaku ketika Reza Pahlavi meninggalkan bangunan Sidang Media Persekutuan ketika berkempen menyokong serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap Republik Islam Iran yang telah berlarutan lebih 40 hari. - Gambar agensi.

BERLIN: Seorang aktivis bertindak membaling cecair berwarna merah ke arah Reza Pahlavi ketika beliau sedang mengadakan lawatan di Jerman, hari ini.

Kejadian itu berlaku ketika beliau meninggalkan bangunan Sidang Media Persekutuan (Bundespressekonferenz) dan sedang berjalan menuju ke kenderaannya sambil diiringi pengawal keselamatan di pusat bandar Berlin, menurut laporan agensi Anadolu.

Rakaman kejadian menunjukkan seorang lelaki mengikuti Reza dari dekat sebelum melemparkan cecair tersebut, yang menyebabkan pakaian dan sebahagian lehernya terkena bahan berkenaan.

Pihak polis kemudian menahan individu terbabit, manakala Reza segera memasuki kenderaannya sebelum beredar dari kawasan berkenaan.

Sebelum kejadian tersebut berlaku, Reza telah mengulangi kenyataan menyokong serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap Republik Islam Iran yang telah berlarutan lebih 40 hari.

Dalam ucapannya beliau menyifatkan tindakan kedua-dua negara itu adalah campur tangan kemanusiaan yang mustahak untuk menggulingkan rejim sedia ada.

β€œMenyasarkan infrastruktur negara serta elemen-elemen paksaan milik pemerintah adalah sesuatu yang sebenarnya telah diminta oleh rakyat Iran,” katanya kepada pemberita dalam sidang media tersebut.

Untuk rekod, Reza Pahlavi ialah putera mahkota dalam buangan yang kini menetap di Amerika Syarikat.

Beliau merupakan anak sulung kepada Mohammad Reza Pahlavi, iaitu Shah terakhir Iran yang digulingkanmelalui revolusi rakyat yang diketuai oleh Almarhum Ayatollah Ruhollah Khomeini pada 1979.

Sejak tercetusnya konflik di Asia Barat pada 28 Februari lalu, beliau kerap mengeluarkan kenyataan menerusi rakaman video yang menyeru rakyat Iran supaya bangkit menggulingkan kerajaan sedia ada.

 

Must Watch Video