Skip to main content

Bisnes

Pelaburan berbaloi, guru muncul jutawan Bank Rakyat

TB_RIZQ JUTAWAN_01_RIZQ
Peserta dan tetamu menghadiri Majlis Raikan Jutaan Ganjaran Bank Rakyat di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur. - Foto Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Bank Rakyat meraikan seorang lagi jutawan baharu Akaun Pelaburan-i Rizq Plus menerusi Majlis Raikan Jutaan Ganjaran yang berlangsung di Menara Kembar Bank Rakyat di sini.

Low Hui Yong, 58, seorang guru dari Johor Bahru membawa pulang hadiah utama bernilai RM1 juta menerusi cabutan berkenaan.  

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd Shariff berkata, pencapaian itu membuktikan keyakinan pelanggan terhadap produk pelaburan bank berkenaan.

“Pencapaian ini adalah simbol keyakinan pelanggan terhadap produk pelaburan Bank Rakyat. Ia juga merupakan manifestasi bahawa perancangan kewangan yang bijak dan pelaburan yang berdisiplin mampu membawa perubahan besar dalam kehidupan seseorang,” katanya.  

Menurut beliau lagi, Akaun Pelaburan-i Rizq Plus telah melahirkan empat jutawan sejak diperkenalkan pada tahun 2022.  

Bank Rakyat turut menawarkan jumlah keseluruhan hadiah dan ganjaran bernilai RM10.8 juta bagi tahun 2026 dengan seorang jutawan diumumkan pada setiap suku tahunan.  

Turut diraikan dalam majlis sama ialah Fifi Ann Madawan dari Kelana Jaya yang memenangi hadiah cabutan bulanan RM20,000 serta Nafizah Ahmad Mokhtar dari Bangsar yang memenangi eGold bernilai RM15,000 bagi kategori 50 Plus Draw.  

Selain itu, Izwan Idris dari Pahang memenangi hadiah utama kereta elektrik MG S5 menerusi Kempen “We’ll Take You There”, manakala Mohd Azri Arifin dari Kelantan memenangi Proton e.MAS 5 bagi Kempen Pembiayaan Khas untuk Sektor Awam.

Must Watch Video

Advertisement