Skip to main content

Dunia

Ireland pertimbang larang import barangan dari penempatan Israel

Helen McEntee. FB Irish Defence Forces
Helen McEntee akan mendapatkan kelulusan kerajaan terhadap teks Rang Undang-Undang Penempatan Israel (Larangan Import Barangan). - Facebook Irish Defence Forces

ISTANBUL: Menteri Luar Ireland Helen McEntee dijangka membentangkan rang undang-undang kepada Kabinet pada Selasa bagi melarang import barangan dari penempatan Israel di wilayah Palestin yang diduduki, lapor Anadolu Ajansi memetik penyiar RTE.

McEntee akan mendapatkan kelulusan kerajaan terhadap teks Rang Undang-Undang Penempatan Israel (Larangan Import Barangan), manakala gabungan pemerintah dilaporkan menyasarkan rang undang-undang itu diluluskan sebelum Julai.

Menurut RTE, McEntee akan mengingatkan rakan Kabinetnya mengenai sokongan Ireland terhadap penyelesaian damai konflik itu, sambil menegaskan bahawa tindakan Israel tidak menunjukkan sebarang hasrat untuk mencapai penyelesaian sedemikian atau menamatkan pendudukannya di wilayah Palestin.

Laporan itu turut menyebut kerajaan Ireland masih mahu tindakan kolektif Kesatuan Eropah (EU) sebagai tindak balas.

-- BERNAMA-ANADOLU

Must Watch Video

Advertisement