Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Wanita berupaya ceburi sukan lasak, hanya perlu kawal emosi

Wanita berupaya ceburi sukan lasak, hanya perlu kawal emosi

Penglibatan atlet wanita dalam sukan lasak bukanlah sesuatu yang aneh pada zaman kini apabila prestasi golongan itu dalam pelbagai jenis sukan dilihat memberangsakan sehingga mampu mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Menurut atlet perahu layar Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Nur Ainul Izzati, kemampuan beliau dan golongan wanita mengendalikan emosi dengan baik, menjadi kunci kejayaan beliau dalam sukan layar, yang dianggap lasak dan mencabar, sehingga beliau dan pasukannya mampu mengangkat martabat negara di Itali.