Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Tindakan Meta jijik, diskriminasi terhadap Palestin - PMO

Tindakan Meta jijik, diskriminasi terhadap Palestin - PMO

Tindakan Meta menurunkan beberapa hantaran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang kematian Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh, adalah jelik dan diskriminasi.

Bahagian Media dan Komunikasi Strategik, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada Isnin menegaskan, perkongsian Anwar melalui platform Facebook dan Instagram itu hanyalah untuk menzahirkan ucapan takziah dan penghormatan di atas pemergian tokoh perjuangan Palestin itu.