Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Bakar Al-Quran | Tindakan sangat jijik – Zambry

Bakar Al-Quran | Tindakan sangat jijik – Zambry

Tindakan ahli politik Sweden-Denmark, Rasmus Paludan membakar senaskah al-Quran di Stockholm, Sweden baru-baru ini disifatkan sebagai sangat jijik.

Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata perbuatan tersebut juga melampaui batas persefahaman dan hormat-menghormati dalam kehidupan beragama di seluruh dunia.

Justeru, katanya Malaysia sekali lagi mengulangi pendirian mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Islamofobia seperti itu.