Skip to main content
Bantuan Gaza semakin terhimpit, serangan masih berterusan

Bantuan Gaza semakin terhimpit, serangan masih berterusan

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberi amaran kekurangan dana yang serius semakin menjejaskan operasi kemanusiaan di Gaza. Rayuan kecemasan bernilai lebih USD4 bilion setakat ini hanya menerima sekitar 12 peratus pembiayaan, sekali gus menjejaskan bantuan makanan dan perkhidmatan asas. Dalam situasi konflik berterusan, jutaan penduduk terus berdepan kelaparan, perpindahan dan kehidupan serba kekurangan.