Malaysia mengutuk keras tindakan seorang menteri Israel yang memasuki kawasan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur ketika ia ditutup kepada umat Islam, menyifatkannya sebagai provokasi dan pelanggaran undang-undang antarabangsa. Malaysia turut menyeru komuniti antarabangsa mengambil tindakan tegas serta menegaskan sokongan terhadap penubuhan negara Palestin merdeka.