Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

[TERKINI] Polis ambil keterangan ahli keluarga remaja hilang dari Inap Desa

[TERKINI] Polis ambil keterangan ahli keluarga remaja hilang dari Inap Desa

Polis selesai mengambil keterangan empat ahli keluarga seorang remaja perempuan yang hilang sejak Ahad selepas keluar dari Inap Desa (homestay) di Taman Salak Maju Sepang.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, mereka yang direkodkan keterangan adalah ibu bapa, kakak serta abang remaja itu.

Menurut kenyataan, ketika ini, polis masih mengesan remaja itu.