Polis telah selesai mengambil keterangan beberapa pekerja sebuah kebun ubi di Slim River, Perak semalam bagi membantu siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah, yang mayatnya ditemukan di Hulu Selangor Isnin lepas.
Menurut sumber, soal siasat polis mendapati suspek telah pergi ke kebun tersebut serta beberapa lokasi lain sebelum kejadian, dan petang semalam polis telah ke kebun ubi di Kampung Klan Halt itu bagi tujuan siasatan.