Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Serangan Seksual | Pembantu restoran dipenjara sebulan, didenda RM6,000

Serangan Seksual | Pembantu restoran dipenjara sebulan, didenda RM6,000

Seorang pembantu restoran dipenjara sebulan dan didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Khamis atas dua pertuduhan mencabul kehormatan dan menunjukkan kemaluannya kepada dua wanita, Oktober lalu.

Majistret Nurul Izzah Shaharuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Yap Jian Sheng, 24, selepas lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikenakan.