Skip to main content

Advertisement

Ribuan hadiri memorial Charlie Kirk di Arizona

Ribuan hadiri memorial Charlie Kirk di Arizona

Ribuan orang memenuhi State Farm Stadium di Glendale, Arizona bagi menghadiri majlis memperingati tokoh konservatif Amerika Syarikat, Charlie Kirk, yang ditembak mati ketika berucap di sebuah universiti di Utah. Majlis tersebut disertai Presiden Donald Trump, Naib Presiden JD Vance, balu Erika Kirk, serta tokoh konservatif lain termasuk Elon Musk dan anggota Kabinet. Setiausaha Negara Marco Rubio menyifatkan mendiang sebagai “bijak melangkaui usia” dan berani mendepani perbezaan. Suspek, Tyler Robinson, 22, kini berdepan pertuduhan membunuh terancang.