Skip to main content

Malaysia

Kanak-kanak 10 tahun hilang, dikhuatiri lemas di Sungai Nilam

LEMAS, HULU SELANGOR
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dimulakan jam 2.35 petang tadi. - Gambar/ JBPM

HULU SELANGOR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai dihanyutkan arus di Sungai Nilam, Sungai Selisek di sini pada petang Rabu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima laporan jam 1.40 tengah hari dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan jam 2.35 petang. 

Komander Operasi, PBK I Mohd Adnan Firdaus Abd Jamil, berkata operasi pencarian dijalankan di kawasan sungai dan sekitar lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Kerja-kerja pencarian sedang dijalankan oleh anggota bomba di lokasi,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Operasi berkenaan melibatkan lima anggota bersama aset sebuah jentera FRT, sebuah Hilux serta sebuah bot penyelamat.


 

Must Watch Video

Advertisement