Skip to main content

Advertisement

PRU15 | Saya hanya mahu terus berkhidmat kepada rakyat - Ismail Abd Mutalib

PRU15 | Saya hanya mahu terus berkhidmat kepada rakyat - Ismail Abd Mutalib

Penyandang Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd Mutalib menjelaskan tindakannya untuk bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) bukan disebabkan kecewa selepas digugurkan UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sebaliknya tegas Ismail, tindakan itu dilakukan semata-mata untuk meneruskan khidmatnya kepada rakyat di kawasan itu.