Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Pengagihan Bakul Rahmah fasa pertama selesai bulan depan

Pengagihan Bakul Rahmah fasa pertama selesai bulan depan

Pengagihan Bakul Rahmah fasa pertama yang melibatkan seramai 130 ribu ketua isi rumah, KIR dijangka selesai bulan depan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, KPDN Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata setakat ini lebih 80 ribu KIR telah menerima bantuan berkenaan.