Skip to main content

Advertisement

Lelaki dikhuatiri lemas di kolam air terjun Asahan

Lelaki dikhuatiri lemas di kolam air terjun Asahan

Lelaki warga India berusia 27 tahun dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras di Kolam Air Terjun Asahan.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib, menyatakan bahawa mangsa bersama dua rakannya sedang beriadah sebelum kejadian kepala air berlaku secara tiba-tiba.