Skip to main content

Dunia

20 artifak bersejarah yang dicuri dipulangkan semula ke Kemboja

PHNOM PENH, Cambodia (AP) — Cambodia’s prime minister on Thursday led a celebration for the return of dozens of precious artifacts from museums and private collectors abroad, and said his government will continue working to bring more home._AP
Koleksi yang dipulangkan itu merangkumi pelbagai jenis arca batu pasir dan hasil gangsa yang dihasilkan antara abad ke-11 hingga ke-13. - AP

PHNOM PENH: Sebanyak 20 objek budaya Kemboja yang dicuri, dipulangkan semula dari sebuah koleksi persendirian di Asia, menurut Kementerian Kebudayaan dan Seni Halus dalam satu kenyataan media pada Selasa, lapor Xinhua.

Koleksi yang dipulangkan itu merangkumi pelbagai jenis arca batu pasir dan hasil gangsa yang dihasilkan antara abad ke-11 hingga ke-13.

“Antara artifak utama termasuk patung luar biasa dari era Bayon, yang dipercayai berasal dari tapak bersejarah Angkor Thom,” menurut kenyataan itu.

“Artifak ini bukan sekadar karya seni; ia adalah ‘saksi hidup’ kepada jiwa kerohanian tamadun Khmer serta kehebatan nenek moyangnya,” menurut kenyataan itu lagi.

Pemulangan semula artifak ini dianggap satu lagi pencapaian penting dalam usaha berterusan Kemboja untuk mendapatkan semula dan memulihkan warisan leluhurnya untuk generasi akan datang.

Menurut kenyataan itu, khazanah budaya ini dijarah dari Kemboja ketika tempoh konflik beberapa dekad lalu.

-- BERNAMA-XINHUA

 

Must Watch Video