Skip to main content

Advertisement

LCS | Pembinaan kapal disambung hujung Disember - Hishammuddin

LCS | Pembinaan kapal disambung hujung Disember - Hishammuddin

Fasa mobilisasi projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selama enam bulan bermula jun lepas menunjukkan perkembangan positif dan berjalan lancar selari dengan syor oleh beberapa pihak berkepentingan.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata banyak perkara dilaksanakan dan diselesaikan dalam tempoh tiga bulan pertama fasa, terutama dari sudut komersial dan antara kerajaan dengan kerajaan.