Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Misteri MH370, pencarian disambung semula 30 Disember ini

Misteri MH370, pencarian disambung semula 30 Disember ini

Pencarian di kawasan laut dalam bagi pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 akan disambung semula pada 30 Dis ini. Kementerian Pengangkutan memaklumkan Ocean Infinity telah mengesahkan kepada Kerajaan Malaysia bahawa ia akan menyambung semula operasi pencarian dasar laut selama 55 hari, yang akan dilaksanakan secara berselang-seli.