Skip to main content

Advertisement

Kempen vaksinasi polio Gaza disambung semula

Kempen vaksinasi polio Gaza disambung semula

Gaza akan memulakan fasa ketiga kempen vaksinasi polio selepas tertangguh akibat pengeboman Israel, perpindahan penduduk besar-besaran, dan kekurangan akses.

Kempen ini bermula pada 1 September selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (W-H-O) mengesahkan kes pertama lumpuh separa akibat virus polio jenis 2 dalam tempoh 25 tahun di wilayah tersebut, melibatkan seorang bayi.