Skip to main content

Advertisement

Kurangkan ketidaksamarataan komuniti pekak dan masyarakat normal

Kurangkan ketidaksamarataan komuniti pekak dan masyarakat normal

Jurang di antara warga Orang Kelainan Upaya (OKU) khususnya komuniti yang mempunyai masalah pendengaran atau pekak dengan masyarakat normal perlu dititkberat selain wajar diberi perhatian.

Menurut Setiausaha Persekutuan Orang Pekak Malaysia, Eaminoor Zakiah Mad Zuki, ini selari dengan matlamat pembangunan lestari atau Sustainable Development Goals (SDG) yang menjadi agenda global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang perlu dicapai semua negara anggota menjelang 2030.