Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

MEF sokong pengambilan terus pekerja asing, kurangkan kos dan eksploitasi

MEF sokong pengambilan terus pekerja asing, kurangkan kos dan eksploitasi

Inisiatif Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) memperkenalkan laluan pengambilan pekerja asing secara terus oleh majikan disambut baik oleh Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) sebagai langkah strategik mengurangkan kos berlebihan, meningkatkan ketelusan, dan mengekang eksploitasi orang tengah.

Presiden MEF, Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman, menegaskan model kerajaan-ke-kerajaan yang disokong teknologi mampu memperkukuh tadbir urus buruh negara serta memastikan kepentingan majikan dan pekerja asing terus terjamin.