Skip to main content

Advertisement

KPPA | Hormati keputusan jawatankuasa siasatan - Cuepacs

KPPA | Hormati keputusan jawatankuasa siasatan - Cuepacs

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon semua pihak agar menghormati keputusan kerajaan menamatkan perkhidmatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah yang berkuat kuasa, Isnin.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata keputusan itu dibuat bersandarkan hasil dapatan jawatankuasa siasatan yang ditubuhkan dan semua pihak harus menghormatinya sebagai suatu pengajaran berguna serta tidak menjadikannya sebagai modal politik.