Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

KPDN pastikan harga sayur munasabah, bekalan mencukupi

KPDN pastikan harga sayur munasabah, bekalan mencukupi

Kerajaan akan memastikan bekalan sayur yang popular dalam kalangan pengguna mencukupi dengan kadar harga munasabah sempena Deepavali ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Ali berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi mengelakkan potensi kenaikan harga barangan itu.