Skip to main content

Advertisement

Bekalan telur di Sarawak sempena Ramadan mencukupi

Bekalan telur di Sarawak sempena Ramadan mencukupi

Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak tidak menerima sebarang laporan berhubung kekurangan bekalan telur di negeri itu sepanjang bulan Ramadan ini.

Pengarahnya, Matthew Dominic Barin berkata, menjelang perayaan Aidilfitri anggota KPDN sentiasa mengemas kini setiap isu melibatkan pengguna dan peniaga termasuk di kawasan luar bandar.