Keresahan pengguna ibarat tiada nokhtah kerana selepas kenaikan harga ayam, kini sayur-sayuran pula yang mengalami kenaikan sehingga 70 peratus.
Peniaga mendakwa harga sayur terpaksa dinaikkan kerana bekalan yang mereka diterima daripada pembekal telah dibeli pada harga yang tinggi.
Tinjauan Astro AWANI di Pasar Basah Jalan Othman, Petaling Jaya pada selasa mendapati antara sayur yang mengalami peningkatan harga mendadak ialah sawi, timun dan kacang buncis.