Skip to main content

Advertisement

Harga Sayur | KPDNHEP jangka harga stabil antara Jun ke Julai

Harga Sayur | KPDNHEP jangka harga stabil antara Jun ke Julai

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjangkakan perubahan harga sayuran yang tidak menentu ketika ini akan beransur stabil antara akhir Jun hingga Julai.

Menurut Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid, pengeluar dan pembekal sayuran memberikan jaminan bekalan sayur stabil dan senario semasa perubahan harga sayur adalah bersifat sementara disebabkan beberapa faktor.