Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Kemasukan sekolah awal, persediaan anak jadi keutamaan – Pakar

Kemasukan sekolah awal, persediaan anak jadi keutamaan – Pakar

Pelaksanaan Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026–2035 yang membenarkan kemasukan murid seawal usia enam tahun perlu disertai dengan persediaan menyeluruh dari sudut kesihatan dan perkembangan kanak-kanak, kata pakar pediatrik. Persediaan fizikal, kognitif, emosi dan sosial dikenal pasti sebagai faktor penting bagi memastikan kanak-kanak dapat mengikuti alam persekolahan dengan selesa dan sihat.