Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Kelantan catat jumlah mangsa tertinggi, lebih 10,000 keluarga terjejas

Kelantan catat jumlah mangsa tertinggi, lebih 10,000 keluarga terjejas

Jumlah mangsa banjir di sembilan negeri dilaporkan terus meningkat kepada 29,402 orang membabitkan 10,197 keluarga setakat jam 6.06 awal pagi ini.

Menurut laporan terkini Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kelantan terus mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 10,952 orang yang kini ditempatkan di 66 pusat pemindahan sementara (PPS).