Banjir terburuk landa Pulau Oahu di Hawaii, ribuan mangsa terjejas
Lebih 200 mangsa berjaya diselamatkan di Pulau Oahu, Hawaii selepas hujan lebat mencetuskan banjir besar di kawasan berkenaan.
Menurut pihak berkuasa tempatan, kejadian itu disifatkan antara yang terburuk dalam tempoh dua dekad, susulan hujan berterusan yang menyebabkan paras air meningkat mendadak.