Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

KDN sasar muktamadkan 946 permohonan kewarganegaraan menjelang Jun 2023

KDN sasar muktamadkan 946 permohonan kewarganegaraan menjelang Jun 2023

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menetapkan sasaran untuk memuktamadkan keputusan kewarganegaraan bagi 946 pemohon di Sarawak menjelang Jun 2023. Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution, menjelaskan bahawa pelaksanaannya telah dipermudah melalui kerjasama antara KDN dan kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Khas Kewarganegaraan (JKN) yang telah diaktifkan pada 17 Januari 2023. Sasaran jawatankuasa ini adalah untuk kelulusan permohonan bermula daripada jawatankuasa mula dibentuk iaitu 946 permohonan.