Skip to main content

Sukan

James Milner umum persaraan selepas karier cemerlang dalam Liga Perdana Inggeris

61686783941_JamesMilner.jpg
Bekas pemain antarabangsa England James Milner mengumumkan persaraannya daripada bola sepak profesional, sekali gus menamatkan karier yang menjangkau lebih dua dekad. - Gambar fail

ISTANBUL: Bekas pemain antarabangsa England James Milner mengumumkan persaraannya daripada bola sepak profesional, sekali gus menamatkan karier yang menjangkau lebih dua dekad, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik media tempatan.

Menurut BBC, Milner bersara sebagai pemain dengan jumlah penampilan terbanyak dalam sejarah Liga Perdana Inggeris selepas beraksi dalam 658 perlawanan.

Pemain tengah versatil itu membuat penampilan sulung Liga Perdana bersama Leeds United pada 2002 sebelum menyertai Newcastle United, Aston Villa, Manchester City, Liverpool dan Brighton & Hove Albion.

Sepanjang kariernya, Milner memenangi pelbagai kejuaraan utama termasuk tiga gelaran Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-Juara UEFA, Piala FA, Piala Liga, Piala Super UEFA dan Piala Kelab Dunia FIFA.

Dikenali kerana profesionalisme, konsistensi dan ketahanan kariernya, Milner memperoleh 61 kap bersama England dan terus beraksi di Liga Perdana Inggeris sehingga penghujung usia 30-an.

Persaraan beliau menandakan berakhirnya antara karier paling panjang dan berjaya dalam sejarah bola sepak England.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video

Advertisement