Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

KDN proses 8,000 permohonan warganegara

KDN proses 8,000 permohonan warganegara

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan telah memproses sebanyak 8,000 permohonan taraf kewarganegaraan sehingga minggu pertama Mei tahun ini.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberitahu beliau yakin dapat mencapai sasaran sehingga 10,000 permohonan terutama kewarganegaraan di bawah kategori anak angkat.