Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Februari 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 1 Jun 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 1 Jun 2026.

  1. Individu tidak mahu ikut prinsip Rukun Negara tidak layak digelar warganegara - Agong

    Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini bertitah, mana-mana individu yang tidak mahu mengikut prinsip Rukun Negara, tidak layak digelar sebagai warganegara Malaysia.

  2. Pengesahan umur buka akaun media sosial berkuat kuasa hari ini

    Malaysia hari ini mula menguatkuasakan syarat pengesahan umur bagi pendaftaran dan pembukaan akaun media sosial sebagai langkah proaktif melindungi kanak-kanak bawah 16 tahun daripada ancaman siber.

  3. Budak lelaki umur 9 tahun maut jatuh tingkat 13

    Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 13 sebuah apartmen di Taman Cahaya Ampang di sini pada Ahad.

  4. Pendaki hilang: Anggota PGA dibawa melalui udara sertai operasi SAR, tingkat aspek keselamatan

    Anggota Pasukan Gerakan Am hari ini dibawa melalui udara bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita Jaslinda Saludin.

  5. Empat termasuk kanak-kanak maut dalam nahas lima kenderaan di Simpang Renggam

    Empat termasuk seorang kanak-kanak maut selepas kereta dinaiki terlibat kemalangan dengan empat kenderaan lain di Simpang Renggam.

  6. DUN Johor bubar secara rasmi hari ini

    Keputusan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail pagi tadi.

  7. PRN Johor: SPR sedia tentukan garis masa selepas notis rasmi diterima

    Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, pihaknya mengambil maklum pengumuman oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini mengenai pembubaran DUN Johor Ke-15.

  8. PRN Johor: PH kumpul kekuatan, bersiap sedia untuk menang

    PH Johor turut memaklumkan akan mengadakan perbincangan ke peringkat Majlis Presiden di peringkat Pusat untuk merangka langkah seterusnya.

  9. PN sahkan sertai PRN Johor

    Perikatan Nasional (PN) mengesahkan bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

  10. Malaysia berhak tuntut pampasan daripada Norway susulan pembatalan NSM - Mohamed Khaled

    Malaysia berhak menuntut pampasan sewajarnya daripada Norway dan syarikat terbabit susulan pembatalan lesen eksport peluru berpandu antikapal (NSM) ke negara ini, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Must Watch Video

Advertisement