Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

JBPM Kelantan kenal pasti 19 lokasi kerap kemalangan

JBPM Kelantan kenal pasti 19 lokasi kerap kemalangan

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan mengenal pasti 19 lokasi berisiko berlaku kemalangan jalan raya ketika cuti Tahun Baharu Cina ini.

Pengarah JBPM Kelantan Farhan Sufyan Borhan berkata antara lokasi terbabit ialah di jajahan Jeli (Jalan Raya Timur Barat), Gua Musang dan Kuala Krai (Jalan Utama Gua Musang-Kuala Krai hingga Kota Bharu) serta jajahan Pasir Puteh (Jalan Pasir Puteh-Kuala Terengganu).