Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Gangguan Perkhidmatan | Prasarana masih kenal pasti punca

Gangguan Perkhidmatan | Prasarana masih kenal pasti punca

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mendedahkan punca gangguan kepada komponen elektronik Sistem Kawalan Tren Automatik (ATC) pada perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya masih belum dapat dikenal pasti.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Azharuddin Mat Sah, gangguan tersebut mengakibatkan kehilangan signal antara pusat kawalan selain menyebabkan tren-tren tidak dapat beroperasi secara automatik.