Skip to main content

Advertisement

Kebakaran | Lokasi perniagaan sementara dikenal pasti

Kebakaran | Lokasi perniagaan sementara dikenal pasti

Kerajaan negeri Terengganu akan mengenal pasti lokasi perniagaan sementara untuk 12 peniaga di Kampung Cina selepas kedai mereka musnah dalam kebakaran pada Ahad.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat, ia bagi membolehkan peniaga meneruskan kelangsungan perniagaan mereka.