Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

DUN Sabah | Beri ruang kepada PM bantu lonjak ekonomi Sabah – Christina

DUN Sabah | Beri ruang kepada PM bantu lonjak ekonomi Sabah – Christina

Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Christina Liew menyokong Belanjawan Negeri Sabah 2023 yang dibentangkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Haji Noor sambil menyifatkan belanjawan tersebut sebagai langkah ke arah pengukuhan ekonomi.

Christina yang juga ADUN Api-Api memaklumkan, belanjawan RM5.138 bilion itu diharap bukan sahaja mengukuhkan ekonomi negeri itu, malah turut memberi kelegaan kepada rakyat terutamanya keluarga yang kurang bernasib baik di daerah-daerah termiskin.