Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Bomba | Pusat pembelajaran komuniti JBPM pupuk ilmu hadapi kebakaran

Bomba | Pusat pembelajaran komuniti JBPM pupuk ilmu hadapi kebakaran

Pembinaan Pusat Pembelajaran Komuniti Pertama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia cawangan Sarawak bertujuan menerapkan keselamatan kebakaran dalam diri masyarakat seawal usia kanak-kanak.

Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Sarawak, Datu Khiruddin Drahman berkata kewujudan pusat pembelajaran komuniti adalah selaras dasar kebombaan dan penyelamatan negara tahun 2021-2030.