Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Bekas menteri dakwa empangan Chereh pecah Nov 2021

Bekas menteri dakwa empangan Chereh pecah Nov 2021

Bekas Menteri Alam Sekitar dan Air mendedahkan kepada Dewan Rakyat bahawa empangan Chereh di Kuantan telah pecah pada November dua tahun lalu.

Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa, kejadian itu menyebabkan simpanan bekalan air minuman di bandar Kuantan melibatkan beberapa loji terjejas.

Beliau memberitahu perkara itu ketika mengambil bahagian dalam sesi penerangan mengenai fenomena panas ekstrem yang melanda negara ketika ini.